Thursday, February 11, 2010

Work @ Kerja......That's Life

Pada 28 hingga 30 Januari 2010, telah berlangsung Konvensyen dan Karnival Siswa Niaga peringkat kebangsaan yang mana KMKN dipilih menjadi tuan rumah pada kali ini. Aku telah diberi amanah sebagai Ketua Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan. Segala persiapan telah dibuat dengan bantuan sukarelawan sebelum program berlangsung. Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan KMKN dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Tahniah kepada para pemenang dan tahniah kepada barisan jawatankuasa yang telah menguruskan konvensyen ini dengan begitu cemerlang sekali sehingga mendapat pujian pelbagai pihak. Semoga budaya keunggulan ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.

Pada 6 Februari 2010 jam 11.00 hingga 12.30 t'hari, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan slot bersama pelajar Foundation Fist Australia. Slot yang diberikan ini lebih kepada pengenalan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) itu sendiri serta sedikit aktiviti "ice breaking" untuk merapatkan lagi ukhuwah dikalangan Exco JPP bersama pelajar baru Fist Australia.

Pada malamnya (6 Februari 2010 hingga 7 Februari 2010), aku telah diamanahkan sekali lagi untuk mengendalikan Program Perkongsian Pintar antara KMKN dan MRSM Beseri. Program tersebut adalah dalam kalangan barisan kepimpinan pelajar JPP KMKN dan BWP serta LDP MRSM Beseri. Teruja aku melihat bakat dan personaliti yang ditonjolkan oleh adik-adik daripada MRSM Beseri dengan kepetahan mengutarakan hujah dan keluhuran budi pekerti yang tinggi. Sempat aku melayarkan secebis harapan agar adik-adik pelajar tersebut sentiasa berusaha dengan gigih demi meneruskan kesinambungan kepimpinan Negara pada masa akan datang seterusnya mengangkat martabat Bangsa Melayu di persada dunia.

Tanggal 8 Februari 2010, aku dipertanggungjawabkan pula untuk menguruskan Majlis Penyampaian Sijil Penghormatan Pengarah kepada para pelajar yang telah mencatat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Semester II yang lalu. Seramai 59 orang pelajar telah menerima sijil tersebut yang disampaikan sendiri oleh Puan Pengarah.

Belum sempat menarik nafas lega mengendalikan pelbagai program, tanggungjawab dan amanah datang bertalu-talu. Terkini aku menerima tiga surat pelantikan untuk Program Hari Ko-K yang berlangsung sepanjang Februari dan kemuncaknya pada 6 Mac 2010 nanti. Aku telah dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Pengacaraan, Ketua Jawatankuasa Jemputan Agensi Luar dan Ahli Jawatankusa Disiplin Pelajar. Satu mesyuarat yang membincangkan keseluruhan program tersebut bakal diadakan pada hari Khamis, 11 Februari 2010 walaupun beberapa program kesukanan telah pun berlangsung sejak awal Februari yang lalu.

Terkini aku menerima surat pelantikan yang ke-4 dan ke-5 iaitu perlu mengikuti panel lawatan Bahagian HEP ke Kolej Matrikulasi Pahang pada 18 hingga 19 Februari 2010 dan juga dilantik sebagai Ketua Jawatankusa Disiplin Pelajar dan Lalulintas untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang akan berlangsung sekitar bulan Mac nanti.

Melihatkan kepada semua kerja-kerja non-akademik yang dipertanggungjawabkan kepadaku, kadang-kadang aku terasa begitu penant kerana belum sempat menarik nafas lega, terus bertalu-talu amanah datang terpikul dibahuku. Aku cuba mencari kekuatan dan apabila mengingatkan ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan Tuhan tidak akan memberikan sesuatu yang diluar kemampuan kita membuatkan aku mencari sisa-sisa kekuatan untuk terus melaksanakan setiap amanah yang diberi dengan penuh dedikasi demi anak bangsa tercinta. Nothing is impossible. Just believe yourself because you can do it!!!....Setiap saat dan ketika Tuhan memberikan kita pengajaran. Belajarlah untuk melihat dengan mata hati semoga kehidupan ini sentiasa diberkati oleh-Nya......


1 comment:

nurulhuda rusdi said...

emmm...bru tawu kisah sbena..