Tuesday, October 27, 2009

Final Exam @ All da BesT

Aku difahamkan semua pelajar yang kini sedang menuntut di Universiti sedang "struggle" untuk menghadapi peperiksaan semester akhir. Oleh yang demikian, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang yang kini sedang menuntut di pelbagai universiti seantero dunia.

Doa dan harapan agar kejayaan bakal berada dalam genggaman kalian. Sedikit ilmu yang ingin dikongsi melalui dapatan dari pengalaman, pemerhatian, penelitian dan pembacaan, untuk berjaya seseorang itu haruslah memiliki matlamat yang jelas. Sebagai contoh dalam konteks pelajar, matlamatnya adalah untuk mendapat keputusan 4.00 dalam setiap peperiksaan yang dilalui seterusnya di ambil bekerja oleh syarikat terkemuka Petronas sebagai seorang Jurutera. Jelas disini bermaksud ianya diterangkan secara detail yang membolehkan our subconcious mind faham dengan sebenar-benar faham apa yang dikehendaki oleh individu tersebut. Contoh diatas, matlamatnya adalah untuk mendapat 4.00 flat dan diambil bekerja oleh Syarikat Petronas sebagai seorang Jurutera. Sangat jelas bukan...4.00 flat+Syarikat Petronas+Jurutera... Bukannya matlamat yang berbunyi seperti "saya hendak mencapai keputusan yang cemerlang". Tetapi sejauh mana ukuran "cemerlang" itu...above 3...above 3.5...or cukup-cukup makan saja.


Setelah memiliki matlamat yang jelas, maka berusahalah secara bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah atau jemu. Buangkan segala sifat mahupun perasaan yang boleh menganggu konsentrasi kita untuk mencapai matlamat yang sudah kita tetapkan. Selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh, serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t kerana dialah yang Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya.

Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berusaha. Allah s.w.t jua yang menentukan samada matlamat yang telah kita tetapkan itu tercapai ataupun tidak. Perbanyakkanlah doa dan amalan-amalan yang lain agar Allah s.w.t mendengar seterusnya mempermudahkan kita untuk mencapai segala apa yang diimpikan.
Sekiranya selepas berusaha, hasil yang diperoleh tidak seberapa, janganlah pula kita terus berputus asa. Paling malang lagi apabila kita menyalahkan tuhan atas apa yang berlaku atau berputus asa dengan rahmatnya. Ingatlah, kehidupan kita ini adalah berupa ujian. Ya...ujian bagi mengukur sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Anggaplah setiap yang berlaku itu samada buruk atau baik terselindung 1001 hikmah yang mana hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Jalanilah kehidupan di dunia ini berpandukan apa yang telah digariskan oleh Nabi Besar kita Muhammad SAW.
Akhir kata sekali lagi selamat maju jaya kepada semua bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang. Semoga kalian semua tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmat-Nya. Jangan sesekali mensia-siakan masa yang ada. Manfaatkan sebaik mungkin masa yang ada agar kita menjadi individu yang bukan sahaja hebat di dunia bahkan yang lebih penting di akhirat kelak. Ingat....kita sudah tiada masa. Umat Islam perlu bangun kembali mencorak semula kegemilangan yang pernah terbina suatu ketika dulu.

"Ya Allah, kurniakan kejayaan kepada para pelajarku dan jadikanlah mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang memperoleh hidayah daripada Mu serta golongkan mereka dalam kalangan orang yang soleh dan solehah"

2 comments:

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Tahnks for the wish.. Hmm.. Cuti matrik bila mulanya? Ingat nak jenguk kolej sekejap sebelum mula cuti sem.. Mungkin dalam minggu ni..

aREda said...

thankz cikgu..