Thursday, November 25, 2010

PeninG

Semalam (24 Nov 2010), saya masuk tidur seawal jam 9.00 malam setelah menyelesaikan urusan yang sepatutnya. Badan rasa kurang bertenaga dan kepala berpusing-pusing kepeningan. Saya pun tidak tahu apa penyebabnya. Saya terus merebahkan diri di katil setelah set alarm clock pada jam 3 pagi. Saya berhajat untuk bangun seawal itu kerana saya telah masuk tidur lebih awal dari kebiasaannya.

Pada jam 3 pagi, saya terjaga apabila lagu Maher Zain menusuk telinga. Malangnya kepala masih terasa amat berat. Saya cuba memaksa diri untuk bangun. Akhirnya saya memutuskan untuk menyambung semula mimpi saya sehingga ke waktu subuh kerana pening yang dialami sejak malam tadi masih belum hilang.

Jam 6 pagi, saya dikejutkan oleh isteri. Saya terus bangun dan melakukan persiapan diri sebelum ke tempat kerja. Badan sungguh tidak bermaya. Seluruh urat sendi terasa sengal dan sakit. Namun saya gagahkan juga diri untuk ke tempat kerja.

Semoga keadaan saya akan kembali pulih seperti biasa dan kembali bertenaga. Mungkin apa yang berlaku adalah reaksi badan yang kurang rehat. heehehe...

2 comments:

PeNgEmiS dUniA said...

assalamualaikum cikgu .
lame xdenga cerite , camne hidup di sisi isteri ? maaf xdapat datang masa wedding cikgu :)

Ahmad said...

alhamdulillah sihat...it's ok..semoga zulfadli sentiasa dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan oleh Allah swt....do keep in touch