Tuesday, February 9, 2010

Problem @ StreSS

Kenapa hidup ini tidak selalunya indah?..Mengapa masalah-masalah yang sering mengunjugi kehidupan adakalanya amat menyesakkan dan melelahkan sehingga kadang-kadang kita tertewas oleh cabaran dan dugaan tersebut. Disaat akal fikiran buntu dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa, disaat itulah selalunya syaitan mengambil kesempatan menanamkan bibit-bibit perasaan yang gundah gulana sehingga mampu membuat diri tersungkur ke lembah kehinaan.

Banyak buku yang dibaca dan ceramah-ceramah motivasi yang didengar meyakinkan kita bahawa masalah adalah asam garam kehidupan yang terkandung hikmah serta pengajaran yang bakal mendewasakan kita. Ya, aku setuju dengan kenyataan tersebut. Tetapi ketika berhadapan dengan masalah, itulah saat yang paling sukar kerana ketika itu kita betul-betul perlu menggunakan pertimbangan akal yang rasional berpaksikan ajaran al-quran dan hadith Nabi demi mengelakkan kita melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya semasa berhadapan dengan ujian tersebut. Mampukah kita??..Ramai orang diluar sana sering tertewas akibat ketandusan iman yang menyebabkan tindakan sebagai reaksi kepada masalah yang dihadapi dilakukan tanpa pertimbangan akal fikir yang rasional. Satu kajian perubatan menunjukkan kadar mereka yang mengalami gangguan mental di Malaysia meningkat saban tahun. Apakah yang berlaku sebenarnya?? Siapakah yang patut dipersalahkan?? Mengapakah Malaysia sebagai sebuah Negara yang majoritinya beragama Islam boleh berhadapan dengan perkara sedemikian sedangkan ajaran al-quran dan hadith Nabi merupakan pegangan yang mampu menghindarkan diri kita dari kesesatan dan kejahilan. Seharusnya setiap pihak samada individu sehinggalah kepada pemerintah memperhalusi isu ini dan memikirkan jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Sebagai umat Islam, terimalah masalah dan ujian kehidupan sebagai hikmah dari yang Maha Esa kerana Dialah yang mengetahui segala-galanya. Kehidupan dunia ini adalah persinggahan sementara dan merupakan tipudaya yang melalaikan. Jadikanlah kehidupan kita setiap hari diniatkan untuk mencari redha-Nya. InsyaAllah, setiap ujian yang dihadapi dilihat mudah dan tidak membebankan. Hayatilah kisah perjuangan Nabi terulung Muhammad S.A.W yang tabah dan sabar dalam perjuangan sehingga Islam mampu disebarkan ke setiap pelusuk dunia. Semoga kehidupan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya.

No comments: