Tuesday, February 9, 2010

Keputusan UPS 2

Majlis Penganugerahan Sijil Penghormatan Pengarah telah selesai disempurnakan dengan jayanya. Serama 59 orang pelajar yang berjaya mendapat Purata Nilaian Gred (PNG) 3.75 dan ke atas telah diberikan penghormatan untuk menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang. Daripada jumlah itu, serama 18 orang telah berjaya mendapat PNG 4.00. Tahniah diucapkan.

Dalam ucapan, Pengarah sempat melancarkan gerak gempur "score A" bagi menghadapi peperiksaan akhir yang tinggal lebih kurang tujuh minggu sahaja lagi. Pengarah mengingatkan agar semua warga kolej menggembleng tenaga secara bersama untuk memastikan matlamat yang telah digariskan dapat dicapai dengan cemerlang.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, itu tidak bermakna anda tidak boleh. Masih ada ruang dan waktu yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan keputusan yang bakal diperoleh dalam peperiksaan akhir nanti cukup membanggakan semua pihak terutama keluarga masing-masing. Janganlah sesekali berputus asa kerana itu bukan sikap seorang individu berjaya. Jatuh bangun adalah asam garam kehidupan yang perlu dihayati, diteliti, dipelajari seterusnya bangun melakukan anjakan paradigma ke arah perubahan yang lebih gemilang dimasa hadapan. It's your attitude, not your aptitude that determine your altitude". Belajarlah daripada kegagalan yang berlaku dan bersedialah untuk berubah ke takuk kehidupan yang lebih bermakna. Semoga berjaya dunia akhirat.

No comments: