Sunday, January 18, 2009

Tahniah Pelajar KMKN Batch 2008/2009

Sekalung tahniah kepada PELAJAR MATRIKULASI KMKN BATCH 2008/2009 kerana telah berjaya mengharumkan nama Kolej ketahap yang amat membanggakan sekali dalam PSPM I. Semoga kejayaan yang dikecapi ini akan terus dapat dikekalkan di masa-masa akan datang. Kepada adik2 pelajar yang berjaya, TAHNIAH diucapkan dan kepada yang kurang bernasib baik masih ada ruang dan peluang untuk anda membaiki diri seterusnya mencipta kejayaan yang diidam-idamkan. Kegagalan tidak bermakna anda akan terus gagal selamanya. Sekiranya anda memiliki semangat juang yang jitu, jiwa yang kental dan tidak pernah menyerah kalah serta sentiasa memuhasabah diri untuk menjadi insan terbaik, insyaallah kejayaan pasti milik anda. Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Najmi ayat 39 yang bermaksud "Sesungguhnya seseorang itu akan dapat apa yang dia usahakan". Maka disini saya ingin menyeru kepada mereka2 yang pernah kecewa dalam hidup agar terus bangun berjuang kerana yakinlah akan janji Allah dan setiap apa yang berlaku itu pasti terselindung disebaliknya 1002 hikmah yg kita tidak ketahui. Dipetik dari buku Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, disini disenaraikan lima langkah utama untuk melakukan penghijrahan diri;

Langkah 1 : MEMBUAT ANALISA & MUHASABAH DIRI
Langkah 2 : MENETAPKAN AZAM & MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah 3 : MENETAPKAN MATLAMAT & SASARAN HIDUP
Langkah 4 : MEMBUAT PERANCANGAN & STRATEGI
Langkah 5 : LAKUKAN SEMUANYA DGN KOMITED & KONSISTEN

Renung-renungkan dan selamat beramal.....

1 comment:

Anonymous said...

salam.. tahiah sir krn dapat menjulang KMKN pd thn nie. semoga kejayaan ini akan berkekalan.. salam ziarah