Sunday, January 31, 2010

A WalK To RememBer

8 Januari 2010, Jumaat
"Attention!!!..ok sekarang saya nak bagi tiket keretapi kat awak sume. Untuk makluman, kita tak dapat nak booking satu coach sebab dah terlewat beli tiket. So ada diantara awak yang akan ada partner dan ada yang akan duduk sorang. Anyway enjoy the journey. Kalau lapor, sila jumpa cikgu dian. Maaf kerana saya tak dapat nak join awak naik train sebab saya kena bawa balik kereta cuti ni."

Tepat jam 6.05 minit petang, keretapi sinaran Langkawi tiba di stesen Alor Star. Kelihatan keretapi yang penuh sesak dengan penumpang yang pastinya menuju ke destinasi masing-masing. Keretapi hanya berhenti selama 15 minit. Aku sempat melambai tangan ke arah para pelajarku.

Jam 11.00 malam, aku ditemani seorang pelajar bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta MyVi kesayanganku. Perjalanan malam itu diwarnai dengan perbualan yang berkisar dengan pelbagai topik dari yang penting sehinggalah kurang penting. Radio mix fm memutarkan lagu-lagu yang sungguh mengasyikkan menyebabkan mataku sentiasa segar bugar walaupun hakikatnya siang tadi aku langsung tidak sempat berehat.

9 Januari 2010, Sabtu
Aku tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4.00 pagi. Kesempatan itu aku gunakan untuk membawa pelajar yang menemaniku meronda sekitar Kuala Lumpur sementara menunggu ketibaan rombongan pelajar lain bersama cikgu dian yang menaiki keretapi. "Hello, ko kat mana sekarang. Kalau dah nak sampai, roger aku ye supaya aku boleh tunggu korang kat KL Sentral." Aku menelefon cikgu dian yang ku pertanggungjawabkan untuk menjaga pelajar-pelajar lain yang bersamanya.

Perjalanan ke Genting mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Puduraya ke Genting Subway. Selepas check-in di First World Hotel, terdapat beberapa orang pelajarku yang memilih untuk berehat kerana masih kepenatan manakala aku bersama Hakim dan semua pelajar perempuan yang lain memilih untuk meronda-ronda dan bergambar di sekitar kawasan hotel tersebut. Banyak juga gambar yang diambil.

10 Januari 2010, Ahad
Kami beramai-ramai menikmati sarapan pagi di Marrybrown. Tepat jam 9.00 pagi, semua pelajarku telah sedia berkumpul sebelum kami ke Outdoor Theme Park. "Saya tidak mahu ada yang bersikap mementingkan diri sendiri sepanjang kita berada di theme park ni. Saya nak kita bersama dalam apa jua perkara. Kalau nak naik roller-coaster, kita naik sama-sama. Tapi bukan bermakna saya mewajibkan semua naik. Kepada yang memilih untuk tidak bermain, ada digalakkan untuk menjadi jurufoto. Apa yang penting yang saya nak tekankan disini adalah kebersamaan. Ingat, jangan sampai saya marah dan seboleh-bolehnya saya tak nak marah. Cukuplah setakat di kolej sahaja. Oleh yang demikian, tolong faham apa yang saya perkatakan. Saya percaya anda semua pelajar yang terpilih, maka sebagai selected students sepatutnya saya tidak perlu cakap berkali-kali"

Jam 5.00 petang, kami sudah bergegas-gegas untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya kenangan bersama di Genting Highlands bersama adik-adik JPP tercinta adalah satu pengalaman yang sungguh mengasyikkan dan pastinya ia termaktub dalam lubuk memori yang tidak akan terpadam buat selamanya. Moga ukhuwah yang terjalin terus kekal buat selamanya. Salam sayang dan kasih yang berpanjangan............Semoga berjaya dunia akhirat.


Rakaman Lensa JPP 09/10 di Genting HighlanDs

No comments: