Saja hendak kita kongsikan sebuah cerita..
Walaupun ana rasa ramai dah tahu..
Tapi buat-buat tak tahu je lah ye...
Ehem...
Bismillahirrahmaanirrahim..
Alkisah..
Pada suatu hari...
Setelah selesai, mereka pun mulai bergerak pulang ke pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah professor itu menegur pendayung sampan...
"Hampir seumur hidup saya." jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.
"Hampr seumur hidup kamu?"
"Ya."
"Jadi, kamu tak tahu perkara-perkara lain selain mendayung sampan?"
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. Masih tidak berpuas hati lagi, Professor itu bertanya lagi...
"Kamu tahu Geografi..??"
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25% dari usia kamu." kata professor itu lagi.
"Kamu taho biologi..??"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala lagi.
"Kasihan, kamu dah kehilangan 50% usia kamu."
"Kamu tahu fizik..??" Professor itu masih lagi bertanya seperti tadi sedangkan pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala sahaja.
Selang beberapa minit kemudian...
Awan pun mendung..
Professor dan pendayung sampan itu terpelanting. Sempat pulak pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang..??" Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, KAMU DAH KEHILANGAN 100% NYAWA KAMU."
Kata pendayung sampan itu sambil berenang ke pantai. Nasib professor itu.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
Jadi, ibrahnya....
Dalam hidup ini, IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu (maaf terkasar bahasa) rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh (maaf sekali lagi) dalam bidang yang tiada kena-mengena dengan kerjayanya, tapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tepuk dada..
tanya iman.. dan tanya pada diri sendiri 'untuk apa ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan?
1 comment:
salam ziarah.
harap2 kita semua tak jd mcm professor tu insyallah :)
Post a Comment