Tuesday, August 11, 2009


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009 PERINGKAT KOLEJ MARA KUALA NERANG

11 Ogos 2009 adalah detik bersejarah apabila JPP sekali lagi mengorak langkah mengadakan Sambutan Kemerdekaan peringkat kolej dengan tujuan dan niat untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara dalam kalangan warga kolej.

Majlis berjalan sepertimana yang dirancang walaupun terdapat kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Antara perkara yang cukup membangkitkan kemarahanku selaku Penasihat JPP pada hari ini adalah apabila flow majlis ditukar sesuka hati tanpa pengetahuanku terlebih dahulu. Sebaik majlis tamat, aku meminta semua Exco berkumpul seketika dan melakukan post-mortem ringkas yang bertujuan untuk mengingatkan mereka agar kesilapan-kesilapan yang berlaku ini tidak lagi diulangi dimasa-masa akan datang. Mudah-mudahan intipati daripada pelancaran Bulan Kemerdekaan ini dapat dihayati oleh seluruh warga kolej sekaligus menanam azam kental untuk menjadi warga Malaysia yang berkualiti pemacu keunggulan ummah.

Sejuta harapan juga dilontarkan kepada adik-adik Exco JPP yang disayangi supaya sentiasa mempersiapkan diri dari segenap segi demi mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks. Kemarahan, teguran dan apa jua yang diperkatakan samada jauh menusuk kalbu, meracik-racik perasaan adalah semata-mata untuk membentuk kalian agar menjadi seorang insan kental yang tidak mudah goyah dengan taufan ganas kehidupan. Doa sering dipanjatkan agar kejayaan dan keterbilangan sentiasa dalam genggaman. Salam perjuangan sepahit hempedu semanis bentangan jalan menuju firdausi.....

No comments: