Wednesday, June 10, 2009

Pilihanraya dan Majlis Watikah Pelantikan JPP

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w penghulu sekalian umat manusia. Alhamdulillah, selesai sudah Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berlangsung pada 29 Mei 2009 yang lalu dan sesi penyerahan watikah pelantikan pada 4 Jun 2009 yang disempurnakan oleh Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang.

Seramai 16 orang calon yang memenangi Pilihanraya JPP dari 30 orang yang bertanding telah menerima watikah pelantikan dan telah juga melafazkan ikrar sebagai perwakilan pelajar bagi sesi 2009/2010. Dalam ucapan Pengarah Kolej, beliau telah menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada barisan kepimpinan pelajar ini untuk meneruskan tradisi kecemerlangan dan keunggulan Kolej MARA Kuala Nerang dipersada tanahair mahupun antarabangsa mencakupi aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.

Sebagai penasihat yang bertanggungjawab untuk memantau, menasihati, menunjuk ajar dan sebagainya, insyaallah diri ini akan cuba untuk melakukan yang terbaik mungkin demi satu misi iaitu untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan yang bakal mencorakkan masa depan Negara suatu hari ini. Semoga Allah memberkati serta memberikan kekuatan kepada kita semua.

No comments: