Sunday, January 18, 2009

Agenda Hidup Muslim


Keimanan dan keislaman kita perlu dipupuk dengan amalan harian yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Amalan harian ini juga yang menyebabkan para sahabat Nabi dapat mencapai darjat kemuliaan. Melalui amalan yang dilakukan setiap hari, mereka menjadi generasi unggul dan hebat. Kemuliaan ini dapat dicapai melalui:
  • Melakukan Solat Fardhu pada awal waktu dengan berkualiti
  • Tegakkan tujuh amalan harian iaitu:
  1. Sembahyang malam (Tahajjud)
  2. Solat berjemaah
  3. Membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya
  4. Solat dhuha
  5. Menjaga wudhu'
  6. Bersedekah
  7. Beristighfar
Lakukan juga amalan harian yang lain:
  1. Solat sunat rawatib dan solat sunat yang lain
  2. Berzikir pada setiap waktu
  3. Menambah ilmu pengetahuan
  4. Beriadah / Bersukan
  5. Menjaga silaturrahim
Agenda Mingguan
  1. Taklim rutin
  2. Solat Jumaat
  3. Puasa sunat Isnin dan Khamis
  4. Silaturrahim
Agenda Bulanan
  1. Bercuti bersama keluarga
  2. Berpuasa Ayyamul Bidh iaitu tiga hari pertengahan bulan Hijrah ( 13,14,15 atau 14,15,16)
  3. Muhasabah diri
  4. Zakat pekerjaan
  5. Silaturrahim
Agenda Tahunan
  1. Puasa Ramadhan
  2. Mengeratkan silaturrahim dengan keluarga yang besar
  3. Zakat harta
  4. Menyembelih korban
Agenda Seumur Hidup
  1. Menunaikan Haji dan Umrah
*Dipetik dari Aa Gym

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, lama tak dengar khabar...cikgu sihat? camne sekarang? masih mengajar kat KMKN ke?
from: Faris Faisal Che Rameli