3 September 2009 bersamaan hari Selasa...Selepas breakfast, aku meluangkan sedikit masa membaca buku yang baru kubeli semalam dari MPH Mid Valley. Buku tersebut berjudul "Million Dollar Habits" by Brian Tracy. Berjaya jugak aku menghabiskan 1 chapter. Hanya aku seorang berada di rumah ketika ini. Kedua Ibu Bapaku keluar. Mungkin masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan. Selesai sahaja membaca chapter pertama buku tersebut, aku terus membuka laptop dan melayari internet buat seketika waktu. Sambil melayari internet, aku juga berusaha menyiapkan kerja-kerja yang diminta oleh ayah dan aku berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut sekitar jam 4 petang. Pedih mataku setelah beberapa jam menghadap laptop.
Sebaik azan asar berkumandang, aku bingkas bangun untuk menunaikan solat asar. Kemudian aku terus bersiap kerana petang itu aku telah berjanji dengan sepupuku untuk "window shopping" di IKEA Mutiara Damansara. Seperti biasa, aku membedal kereta ayahku. Kereta terus meluncur laju melalui Highway Cheras-Kajang dan terus ke Federal Highway masuk ke Penchala Link. Walaupun hujan agak lebat pada petang tersebut, itu semua tidak menghalang niat kami untuk ke IKEA. Aku dan sepupuku tiba di IKEA sekitar jam 7 malam. Agak lewat kerana keadaan jalan yang sesak.
Kami menunaikan solat maghrib terlebih dahulu di surau IKEA sebelum meneruskan misi mencuci mata dan menghabiskan duit.Selesai solat, kami terus bergegas ke ruang pameran tingkat atas, melihat kot-kot ada idea baru yang boleh di adaptasi nanti. Misi di IKEA tamat sekitar jam 9.30 malam. Aku membeli beberapa barang yang ku kira ianya tergolong sebagai keperluan. Sepupuku juga begitu.
Selesai di IKEA, kami terus menuju ke Kota Damansara untuk berjumpa seorang kawan. Sebaik sahaja sampai di Kota Damansara, kami menuju ke restauran Nasi Lemak Antarabangsa yang terdapat di situ. Hari itu kawanku bermurah hati untuk membelanja kami. Sambil makan, kami berbual-bual. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Aku terus mengajak sepupuka balik. Aku perlu menghantar sepupuku pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Sampai sahaja di rumah sepupuku, aku diminta makan sekali lagi oleh unty ku yang telah siap menghidangkan makanan diatas meja. Aduhh...nak meletup perut aku kekenyangan. Demi mengambil hati, kugagahkan jua menyuap nasi ke mulutku. Selesai semua itu, aku terus bergegas pulang dan sampai di rumah sekitar jam 1 pagi. Haha...aku pun tak tau nak tulis apa hari ni. So aku cerita ajelah apa-apa yang patut. Happy reading ya.....

No comments:
Post a Comment