Friday, May 14, 2010

Coretan

Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) 2010/2011 telah berakhir dengan jayanya. Satu majlis perasmian penutupan yang dirasmikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA telah diadakan di Dewan Badlishah bermula jam 9 pagi dan tamat sekitar jam 11.30 pagi. Sempat aku menyaksikan beberapa persembahan yang dibuat oleh kumpulan pelajar yang baru mendaftar. Antara persembahan yang diadakan adalah Nasyid, Koir dan Dikir Barat. Aku sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar yang membuat persembahan walaupun masih banyak aspek yang perlu diperbaiki.

Tamat sahaja majlis perasmian penutupan MPPB, semua pensyarah dan staf terus bergegas ke Dataran Pengarah untuk menghadiri Majlis Perpisahan Pengarah BPT MARA yang akan menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Kemahiran MARA selain meraikan beberapa rakan pensyarah yang akan bertugas ditempat baru. Aku diarahkan untuk menjadi pengacara majlis tersebut. Masih terngiang ditelingaku suara Pengarah KMKN yang memintaku untuk mengendalikan majlis tersebut. Lebih kurang begini bunyinya, "Hello najyasyraf. Esok awak kena jadi pengacara majlis untuk perpisahan Pengarah BPT. Kalau tak nak, sila letak jawatan". Tupp..talian terus dimatikan tanpa aku sempat berkata sepatah perkataan pun. Begitulah Pengarah kolej ku yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itu memang cara beliau memberi arahan kepada anak buahnya. Tapi hati beliau tidak begitu. Ada banyak perkara yang boleh kita belajar dari cara beliau mentadbir Kolej MARA Kuala Nerang ini sehingga saat ini masih kekal di persada keunggulan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang luar biasa baik dari aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Tidak perlu kuterangkan secara terperinci disini.

Aku tidaklah terlalu sibuk dalam mengendalikan minggu orientasi pelajar baru ini. Tetapi aku boleh dikatakan amat sibuk dengan perkara-perkara yang berkaitan pengurusan unit fizik sebagai penyelaras yang baru diberikan amanah dan tanggungjawab. Banyak perkara yang perlu difikirkan dalam merancang pembangunan akademik pelajar dalam subjek fizik. Banyak laporan dan perkara-perkara bersangkutan yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Fail-fail perlu disempurnakan sebaik mungkin untuk tujuan audit.

Selain itu aku juga sibuk menyampaikan taklimat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) kepada pelajar baru serta perlu mengurus dan mengendalikan Pilihanraya JPP bagi memilih wakil-wakil pelajar untuk mengisi kerusi-kerusi EXCO yang telahpun dikosongkan oleh EXCO JPP sesi 2009/2010 sebelum ini. InsyaAllah, kerja-kerja yang bersangkutan dengan pilihanraya akan tamat sekitar hujung bulan Mei 2010 dan KMKN bakal memiliki barisan kepimpinan pelajar baru seawal Jun 2010. Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK) yang dilantik bakal membantuku mengendalikan semua perkara tersebut. Semoga segalanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan dan masalah.

Kuliah akan bermula minggu depan iaitu pada 16 Mei 2010. Ini juga memerlukan aku untuk membuat persiapan dan perancangan rapi sebagai tenaga pengajar untuk mendidik dan mengajar para pelajar. Tidak ada istilah rehat sebenarnya dalam kamus hidup seorang guru kerana tugas seorang pendidik itu tidak mudah. Ianya adalah sebahagian daripada tugas Rasul. Terlalu besar amanah dan tanggungjawab yang dipikul demi melahirkan generasi yang berjaya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Pelajar yang datang dari pelbagai Negeri dengan pelbagai budaya dan latarbelakang kehidupan kadangkala amat memeningkan kepala seorang pendidik untuk menguruskannya. Perlu tahu dan faham cara yang sesuai untuk mendekati pelajar kerana setiap pelajar itu adalah berbeza.

Semoga Allah swt memberikan diriku kekuatan dan motivasi untuk menghadapi kehidupan mendatang yang belum pasti. Hanya doa dipanjatkan kepada Ilahi agar segala matlamat dan impian yang dimimpi bakal menjadi realiti. Jangan bercakap soal kejayaan jika takut pada risiko dan halangan. Dunia ini hanyalah persinggahan yang sementara sebelum menuju akhirat yang kekal abadi.

Salam sayang buat semua pelajarku tidak kira dimana anda berada. Berusahalah sekeras mungkin untuk menjadi profesional muslim yang berjaya seterusnya dalam menyumbang bakti kepada agama dan Negara. Anda adalah pencetus perubahan masa hadapan yang gemilang. Jangan sia-siakan masa muda yang ada dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika ingin menjadi seorang Doktor, jadilah Doktor yang paling pakar dalam bidang tersebut. Jika ingin menjadi seorang Jurutera, jadilah Jurutera yang paling pakar dalam bidang anda. Ayuh, bangunlah dari lena mimpi yang tidak berkesudahan. Kita sudah tiada masa. Salam ukhuwah dan perjuangan semanis syurga firdausi....

4 comments:

lampu-meja said...

salam cikgu...
semoga terus bersemangat dalam memanusiakan manusia...berat mata memandang lagi berat bahu memikul...selamat!!

En iLham said...

salam abang acap.sy syamil

semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah Allah yer..salam singgah di sini

p/s: sudah follow abang acap

Mohd Najyasyraf Hussin said...

thank you syamil for the spirit

Ikmaluddin Husnah said...

Saya Husnah dan saya mengambil masa saya keluar untuk memberi keterangan Ibu Amanda kerana dia akhirnya menawarkan saya. sebuah
Saya dan suami saya masuk ke hutang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak hutang meninggalkan kami bankrap sehingga saya datang di kenalan dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang tersisa dari pinjaman. Anda boleh menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com atau anda boleh menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com