Sunday, January 31, 2010

KeLeBihan MemBaCa Al-MatHuraT

Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

A WalK To RememBer

8 Januari 2010, Jumaat
"Attention!!!..ok sekarang saya nak bagi tiket keretapi kat awak sume. Untuk makluman, kita tak dapat nak booking satu coach sebab dah terlewat beli tiket. So ada diantara awak yang akan ada partner dan ada yang akan duduk sorang. Anyway enjoy the journey. Kalau lapor, sila jumpa cikgu dian. Maaf kerana saya tak dapat nak join awak naik train sebab saya kena bawa balik kereta cuti ni."

Tepat jam 6.05 minit petang, keretapi sinaran Langkawi tiba di stesen Alor Star. Kelihatan keretapi yang penuh sesak dengan penumpang yang pastinya menuju ke destinasi masing-masing. Keretapi hanya berhenti selama 15 minit. Aku sempat melambai tangan ke arah para pelajarku.

Jam 11.00 malam, aku ditemani seorang pelajar bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta MyVi kesayanganku. Perjalanan malam itu diwarnai dengan perbualan yang berkisar dengan pelbagai topik dari yang penting sehinggalah kurang penting. Radio mix fm memutarkan lagu-lagu yang sungguh mengasyikkan menyebabkan mataku sentiasa segar bugar walaupun hakikatnya siang tadi aku langsung tidak sempat berehat.

9 Januari 2010, Sabtu
Aku tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4.00 pagi. Kesempatan itu aku gunakan untuk membawa pelajar yang menemaniku meronda sekitar Kuala Lumpur sementara menunggu ketibaan rombongan pelajar lain bersama cikgu dian yang menaiki keretapi. "Hello, ko kat mana sekarang. Kalau dah nak sampai, roger aku ye supaya aku boleh tunggu korang kat KL Sentral." Aku menelefon cikgu dian yang ku pertanggungjawabkan untuk menjaga pelajar-pelajar lain yang bersamanya.

Perjalanan ke Genting mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Puduraya ke Genting Subway. Selepas check-in di First World Hotel, terdapat beberapa orang pelajarku yang memilih untuk berehat kerana masih kepenatan manakala aku bersama Hakim dan semua pelajar perempuan yang lain memilih untuk meronda-ronda dan bergambar di sekitar kawasan hotel tersebut. Banyak juga gambar yang diambil.

10 Januari 2010, Ahad
Kami beramai-ramai menikmati sarapan pagi di Marrybrown. Tepat jam 9.00 pagi, semua pelajarku telah sedia berkumpul sebelum kami ke Outdoor Theme Park. "Saya tidak mahu ada yang bersikap mementingkan diri sendiri sepanjang kita berada di theme park ni. Saya nak kita bersama dalam apa jua perkara. Kalau nak naik roller-coaster, kita naik sama-sama. Tapi bukan bermakna saya mewajibkan semua naik. Kepada yang memilih untuk tidak bermain, ada digalakkan untuk menjadi jurufoto. Apa yang penting yang saya nak tekankan disini adalah kebersamaan. Ingat, jangan sampai saya marah dan seboleh-bolehnya saya tak nak marah. Cukuplah setakat di kolej sahaja. Oleh yang demikian, tolong faham apa yang saya perkatakan. Saya percaya anda semua pelajar yang terpilih, maka sebagai selected students sepatutnya saya tidak perlu cakap berkali-kali"

Jam 5.00 petang, kami sudah bergegas-gegas untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya kenangan bersama di Genting Highlands bersama adik-adik JPP tercinta adalah satu pengalaman yang sungguh mengasyikkan dan pastinya ia termaktub dalam lubuk memori yang tidak akan terpadam buat selamanya. Moga ukhuwah yang terjalin terus kekal buat selamanya. Salam sayang dan kasih yang berpanjangan............Semoga berjaya dunia akhirat.


Rakaman Lensa JPP 09/10 di Genting HighlanDs

Monday, January 4, 2010

Life

Assalamualaikum....saya terpaksa memanggil awak semua menghadiri mesyuarat ringkas pada pagi ini kerana sehingga saat ini masih belum ada kata putus yang dicapai. Suaraku memecah keheningan bilik mesyuarat JPP. Semua Exco memandangku dengan 1001 persoalan dihati. Saya hendak keputusan yang dibuat pada pagi ini adalah keputusan muktamad dan tidak boleh diubah lagi kerana kita perlu bertindak segera. Kita mesti bertindak cepat selaku organisasi kepimpinan utama kolej ini. Kita tidak boleh berlengah-lengah, menganggap esok masih ada atau berperwatakan seperti "siput". Faham!!!!.....tegas kedengaran. Sekarang saya akan terangkan "consequences" bagi setiap keputusan yang bakal dibuat dan selepas penerangan ini, semua Exco dikehendaki berfikir dan membuat keputusan sewajarnya dan secepatnya.

Setelah 15 minit berlalu, akhirnya resolusi muktamad dicapai dan keputusan tersebut adalah keputusan bersama semua Exco kerana budaya yang telah mengakar umbi sekian lama dalam badan JPP 09/10 ini adalah sebagai sebuah keluarga yang harmoni, saling bertolong-bantu, faham memahami dan nilai-nilai baik lain yang menjadi amalan.

4 Januari 2009 (Isnin), semua pelajar akan berhadapan dengan Peperiksaan Pertengahan Semester II (UPS II). Pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang begitu bersungguh-sungguh dan ada juga yang bersikap endah tak endah dengan peperiksaan yang bakal menjelang. Sebagai tenaga pendidik, hanya doa dan harapan yang ditaburkan agar para pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Semoga dimakbulkan Allah s.w.t.

Tamat sahaja peperiksaan, pelajar akan mula bercuti pertengahan semester II selama dua minggu. Setiap orang punyai pelbagai perancangan dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang cuti tersebut termasuklah aku. Insyaallah, cuti kali ini aku bersama para pelajarku akan ke sebuah pusat peranginan terkemuka Negara bagi me"release"kan tension dan melupakan seketika kisah kehidupan kolej yang penuh suka duka. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Insyaallah...........