Thursday, November 12, 2009

Professor and Pendayung Sampan'S StorY...

BismiLlahirrahmanirahim..

Saja hendak kita kongsikan sebuah cerita..

Walaupun ana rasa ramai dah tahu..

Tapi buat-buat tak tahu je lah ye...

Ehem...

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alkisah..

Pada suatu hari...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3eAR5nKTAiKkzOGJ_O8nT8bszdPYkpyqPjEHD32JdL7FpEl4JfEJU98qCMB9Iogen0nc6VAIoFkmX4RIe-LsHvCLLbgWSP4x1tG4Ag8E_P8G3FD-_UPIHIdVrbQIxSiyYfO-7LuCddSFY/s320/Sampan+Crossing+River_small.JPG
Seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan seorang tua yang begitu pendiam. Dengan begitu tekun, Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoncang-goncang..(eh, silap. Digoyang-goyang), selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku sehingga berjam-jam lamanya.

Setelah selesai, mereka pun mulai bergerak pulang ke pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah professor itu menegur pendayung sampan...
http://cache.virtualtourist.com/3234071-a_perfect_sunset_at_senggigi_c_ukirsari-Pulau_Lombok.jpg
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" tanya professor.

"Hampir seumur hidup saya." jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Hampr seumur hidup kamu?"

"Ya."

"Jadi, kamu tak tahu perkara-perkara lain selain mendayung sampan?"

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. Masih tidak berpuas hati lagi, Professor itu bertanya lagi...

"Kamu tahu Geografi..??"
http://www.baltistan.net/wp-content/uploads/2009/06/geography-300x300.jpg
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25% dari usia kamu." kata professor itu lagi.

"Kamu taho biologi..??"
http://science.pppst.com/banner_biology.gif

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala lagi.

"Kasihan, kamu dah kehilangan 50% usia kamu."

"Kamu tahu fizik..??" Professor itu masih lagi bertanya seperti tadi sedangkan pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala sahaja.

http://scienceworld.wolfram.com/physics/images/main-physics.gif
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usiamu dihabiskan sebagai pendayung sampan". Kata professor itu denagn nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian...

Awan pun mendung..
http://www.abc.net.au/reslib/200805/r256153_1059432.jpg
Dan hujan pun turun.

Dan....
http://yes.mmu.edu.my/2003/info/ombak.gif
Tiba-tiba saja datang pulak OMBAK BESAR lalu melambung sampan itu lalu sampan itu terbalik.
Professor dan pendayung sampan itu terpelanting. Sempat pulak pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang..??" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, KAMU DAH KEHILANGAN 100% NYAWA KAMU."


Kata pendayung sampan itu sambil berenang ke pantai. Nasib professor itu.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

Jadi, ibrahnya....

http://www.suzanneholman.com/images/HM00378_.gifDalam hidup ini, IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.


Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu (maaf terkasar bahasa) rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh (maaf sekali lagi) dalam bidang yang tiada kena-mengena dengan kerjayanya, tapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tepuk dada..
tanya iman.. dan tanya pada diri sendiri 'untuk apa ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan?

SaHabaT



Ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan detik yang indah bersamamu temanku


Dan pasti suatu masa engkau dan aku bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah bersama



*Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang selama ini banyak membantu menjadikan diri ini lebih kenal kepada kehidupan. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Salam Ukhuwah yang berpanjangan.*

Wednesday, November 11, 2009

SeMesteR BaRu....

Semester kedua telah bermula pada 8 Nov 2009 yang lalu. Semua pelajar telah kembali ke kolej dengan azam baru untuk menjadi lebih terbaik dari sebelumnya. Begitu juga aku selaku tenaga pengajar disini, ingin menjadikan hari-hari mendatang lebih bernilai dari sebelumnya. Setiap ruang waktu yang ada, sekiranya boleh ingin dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada diri dan umat sejagat. Tidak sesekali mahu membiarkan waktu walau sesaat berlalu tanpa ada penambahbaikan atau pembaharuan dalam diri sendiri mahupun kepada para pelajarku. Begitulah azam yang kutanam dan aku sentiasa berjuang melawan perasaan-perasaan negatif yang berlegar difikiran akibat hasutan syaitan dan dorongan nafsu yang sering melalaikan. Kita adalah raja kepada akal dan jangan sesekali kita menjadikan nafsu beraja dalam fikiran kita.


Buku-buku yang perlu dilihat kembali setelah bercuti selama dua minggu

Keadaan meja kerjaku yang agak bersepah di waktu "peak hour"

9 November 2009 bersamaan hari Selasa merupakan ‘Birthday’ Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang. Lebih kurang jam 4 petang, aku bersama Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) mengadakan pertemuan dengan beliau untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan memberikan hadiah tanda penghargaan kepada beliau yang menjadi peneraju utama KMKN serta telah berjaya menaikkan nama kolej di persada kebangsaan. Beliau begitu terharu dengan kunjungan kami dan sempat memberikan sedikit amanat buat pemimpin pelajar yang menjadi tonggak harapan kolej. Antara amanat beliau yang sempat ku khadam adalah “Orang buat JAHAT, Kita balas BAIK = LUAR BIASA”. Ianya bermaksud, dalam kehidupan kita seharian seringkali kita berhadapan dengan individu yang dengki atau iri hati dengan apa yang kita miliki seterusnya memusuhi atau cuba menjatuhkan kita. Sebagai seorang yang memiliki jiwa yang murni, hendaklah kita balas segala kejahatan atau keburukan orang terhadap kita dengan kebaikan disamping mendoakan orang tersebut agar dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. Memang susah untuk ‘orang biasa’ melakukan perkara sedemikian. Hanya mereka-mereka yang berjiwa luar biasa sahaja yang mampu menyemaikan sikap tersebut dalam diri mereka.


Exco JPP lelaki bergambar bersama Pengarah

Exco JPP perempuan bergambar bersama Pengarah


Semoga para pemimpin pelajar yang berada di bawah bimbinganku faham dan cuba menyemaikan sikap tersebut dalam diri mereka. Aku sering berdoa dan berharap agar para pemimpin pelajarku berjaya menjadi insan unggul dalam setiap aspek yang di lakukan samada bercorak akademik atau sebaliknya. Mudah-mudahan setiap ruang waktu yang ada akan dimanfaat sebaiknya untuk melakukan perkara yang lebih signifikan kepada pembangunan diri sendiri dan warga kolej keseluruhannya serta mampu menjadi ‘role model’ terbaik yang harus dicontohi. Kepada para pelajarku, ‘The past is over and done, let it go away’. Apa yang penting adalah masa yang ada sekarang dan seterusnya. Janganlah ditangisi perkara yang telah berlalu. Jadikan setiap apa yang telah berlaku sebagai pengalaman dan guru terbaik untuk menjana diri menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dunia mahupun akhirat. Ingat, dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, akhirat jua kekal abadi buat selamanya. Oleh itu, kejarlah akhirat nescaya dunia bakal mengejarmu. Semoga berjaya. Salam sayang……



Wednesday, November 4, 2009

Eye Theraphy

3 September 2009 bersamaan hari Selasa...Selepas breakfast, aku meluangkan sedikit masa membaca buku yang baru kubeli semalam dari MPH Mid Valley. Buku tersebut berjudul "Million Dollar Habits" by Brian Tracy. Berjaya jugak aku menghabiskan 1 chapter. Hanya aku seorang berada di rumah ketika ini. Kedua Ibu Bapaku keluar. Mungkin masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan. Selesai sahaja membaca chapter pertama buku tersebut, aku terus membuka laptop dan melayari internet buat seketika waktu. Sambil melayari internet, aku juga berusaha menyiapkan kerja-kerja yang diminta oleh ayah dan aku berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut sekitar jam 4 petang. Pedih mataku setelah beberapa jam menghadap laptop.

Sebaik azan asar berkumandang, aku bingkas bangun untuk menunaikan solat asar. Kemudian aku terus bersiap kerana petang itu aku telah berjanji dengan sepupuku untuk "window shopping" di IKEA Mutiara Damansara. Seperti biasa, aku membedal kereta ayahku. Kereta terus meluncur laju melalui Highway Cheras-Kajang dan terus ke Federal Highway masuk ke Penchala Link. Walaupun hujan agak lebat pada petang tersebut, itu semua tidak menghalang niat kami untuk ke IKEA. Aku dan sepupuku tiba di IKEA sekitar jam 7 malam. Agak lewat kerana keadaan jalan yang sesak.

Kami menunaikan solat maghrib terlebih dahulu di surau IKEA sebelum meneruskan misi mencuci mata dan menghabiskan duit.Selesai solat, kami terus bergegas ke ruang pameran tingkat atas, melihat kot-kot ada idea baru yang boleh di adaptasi nanti. Misi di IKEA tamat sekitar jam 9.30 malam. Aku membeli beberapa barang yang ku kira ianya tergolong sebagai keperluan. Sepupuku juga begitu.

Selesai di IKEA, kami terus menuju ke Kota Damansara untuk berjumpa seorang kawan. Sebaik sahaja sampai di Kota Damansara, kami menuju ke restauran Nasi Lemak Antarabangsa yang terdapat di situ. Hari itu kawanku bermurah hati untuk membelanja kami. Sambil makan, kami berbual-bual. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Aku terus mengajak sepupuka balik. Aku perlu menghantar sepupuku pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Sampai sahaja di rumah sepupuku, aku diminta makan sekali lagi oleh unty ku yang telah siap menghidangkan makanan diatas meja. Aduhh...nak meletup perut aku kekenyangan. Demi mengambil hati, kugagahkan jua menyuap nasi ke mulutku. Selesai semua itu, aku terus bergegas pulang dan sampai di rumah sekitar jam 1 pagi. Haha...aku pun tak tau nak tulis apa hari ni. So aku cerita ajelah apa-apa yang patut. Happy reading ya.....