Friday, October 23, 2009

Al-Fatihah buat seorang peLajarku....

22th October 2009, jam 7.25 minit petang....aku menerima panggilan dari seorang bekas pelajar. Kedengaran suara seperti orang sedang bersedih. Aku pun bertanya mengapa dan aku amat amat terkejut dengan jawapan yang diberikan, "Cikgu, Hanafi telah kembali ke rahmatullah petang tadi kerana terlibat dengan satu accident di Klang Selangor". Aku terpana seketika kerana terlalu terkejut dengan berita tersebut. Tidak tahu untuk berkata apa-apa.....

Hanafi merupakan bekas pelajarku batch 2007/2008. Walaupun bukan merupakan pelajar kelasku, tetapi beliau merupakan pelajar yang agak rapat denganku. Beliau sering menjadi bahan gurauan dan usikanku kerana telatah dan kerenahnya yang agak melucukan. Seringkali kalau aku meronda Kolej Kediaman selaku felo, pasti bilik beliau merupakan tempat singgah yang paling aku gemari kerana aku bukan sahaja rapat dengan beliau, bahkan dengan keseluruhan roommate nya.

Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Allah lebih menyayanginya. Paling terakhir aku bertemu dengan beliau adalah ketika cuti semester universiti yang lalu. Pada ketika itu, beliau bersama rakan-rakan yang lain datang menziarahi aku dan guru-guru lain di kolej. Teringat ketika aku menghantar beliau ke Shahab untuk pulang, beliau sempat mengabadikan kenangan dengan merakam fotoku bersamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah....Aku semakin menginsafi kehidupan yang bercorak sementara ini...

1 comment:

HaWa said...

SalaAm..

Setelah pemergian Hanif..