Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana masih memberikan aku ruang dan peluang untuk menghirup udaranya di muka bumi ini. Terdetik dihatiku memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa yang telah terlalu banyak kulakukan selama ini. Aku berharap agar diri ini akan terus berusaha untuk menjadi mukmin sejati yang mendapat keredhaan dari-Nya.
Walaupun cutiku adalah selama tiga minggu, tetapi aku sebenar-benarnya bercuti hanya selama seminggu. Ini kerana minggu lepas aku sibuk dengan urusan Bahagian Matrikulasi. Seminggu aku bertapa di Hotel Pearl International KL untuk menyelesaikan segala tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Tidak perlu aku ceritakan apa tugas tersebut kerana ianya dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi yang borangnya sudah kutandatangani sebelum memulakan tugas tersebut.
Aku check-out selepas lunch pada hari Ahad, 27 April 2008. Banyak pengalaman dan perkongsian kepakaran yang kuperolehi sepanjang seminggu aku di hotel tersebut. Aku kebetulan sebilik dengan seorang pensyarah UniMAP yang juga terlibat dengan tugas-tugas Bahagian Matrikulasi. Sepanjang aku mengenalinya, beliau adalah seorang yang easy going person. Mudah diajak berbincang dan sebagainya. Pengalaman beliau sebagai seorang pensyarah UniMAP banyak membuka pandanganku terhadap dunia luar. Selain itu, aku juga dapat berkenalan dengan ramai lagi pensyarah-pensyarah universiti di
Hari Isnin, 28 April 2008…..aku berjumpa dengan seorang bekas pelajarku yang kebetulan bermalam di hostel abangnya di
Minggu hadapan bersamaan hari Selasa, 6 Mei 2008....aku akan bertolak balik semula ke Kedah untuk meneruskan perjuanganku sebagai tenaga pendidik. Aku berazam untuk melakukan yang lebih baik lagi dari semester sebelumnya. Mudah-mudahan Allah akan memberikanku petunjuk dan kekuatan untukku meneruskan usaha-usaha pembentukan modal insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Amin......
No comments:
Post a Comment