Sunday, January 18, 2009

Jadi Penasihat JPP

Tanggal 4 Januari 2009, sekembalinya aku dari satu kursus Program Siswa Niaga (PSN) di Langkawi aku telah mendapat satu amanah dan tanggungjawab yang besar iaitu dilantik sebagai Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baru menggantikan En. Musa Muhammad Ali yang telah berpindah ke Kolej Profesional MARA Beranang.

Terasa begitu berat untuk aku menerima tanggungjawab ini pada mulanya. Tetapi setelah memikirkan bahawa jawatan yang ku terima ini adalah amanah dan tanggungjawab yang datangnya dari Allah swt, maka aku redha dan berazam untuk melakukan yang terbaik demi pembangunan pelajar khususnya dan kolej amnya.

Pada bulan Februari 2009 ini sahaja, bebarapa program besar akan berlangsung di KMKN yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan kerjasama badan-badan kolej lain yang bernaung dibawahnya. Antara program tersebut adalah;
  1. Bulan Penghayatan Islam 2009 (1 Feb - 28 Feb 2009)
  2. English Week (1 Feb - 7 Feb 2009)
  3. Hari Ko-Kurikulum (1 Feb - 28 Feb 2009)
  4. Majlis Perpisahan Pengarah BM KPM ( 11 Feb 2009)
  5. Pertandingan Bowling Pegawai dan Staff KMKN dll...
Semoga program-program tersebut berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan kerjasama erat dari semua pihak....

No comments: